STEM – Water Reaction with Pepper

23 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2024, telah berlangsung kelas STEM (Interaksi Sabun dan Lada Hitam) untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan mencuci tangan dengan sabun. Di dalam eksperimen ini, lada hitam adalah ibarat kuman yang terdapat di tangan kita. Eksperimen dimulakan dengan memasukkan lada hitam ke dalam bekas yang berisi air, kemudian peserta perlu mencelupkan jari mereka dengan sabun. Selepas itu, peserta perlu meletakkan jari mereka ke dalam bekas yang berisi air dan lada hitam tadi. Di akhir eksperimen ini, peserta dapat melihat lada hitam di dalam air akan tersebar menjauhi jari peserta kerana sabun dapat memecahkan permukaan air.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali